George Boateng Ganti Darby Kendali Pasukan Kelantan - Annuar Musa - Sukan | mStar

George Boateng Ganti Darby Kendali Pasukan Kelantan - Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melantik bekas pemain antarabangsa Belanda, George Boateng sebagai pengendali baharu skuad 'The Red Warriors' (TRW) bagi menggantikan Steve Darby yang dipecat sebelum ini.


Penasihat Kafa Tan Sri Annuar Musa yang kini berada di Belanda berkata Boateng akan dibantu enam penolong jurulatih iaitu di posisi penjaga gol; pertahanan; pemain tengah, penyerang, kecergasan selain pemulihan.

Beliau berkata Ketua jurulatih skuad Piala Presiden, Sidek Shamsudin 'dinaikkan pangkat' sebagai pembantu jurulatih kepada Boateng manakala pembantunya, Mohd Nafuzi Mahamad Zain akan mengambil alih tugas Sidek.

Annuar berkata pertahanan dari Iraq, Hussein Alaa Salman dan penyerang Ghana, Prince Tagoe akan menggantikan tempat Mohammad Ghaddar (Lubnan) dan Obinna Nwaneri (Nigeria) yang ditamatkan kontrak, namun khidmat dua lagi penyerang import, Mohamed Shawky Yazid dari Mesir dan Francis Forkey Doe (Liberia) dikekalkan.

"Penggantian pemain adalah berdasarkan laporan bekas ketua jurulatih (Darby) dan mengambil kira keperluan ketua jurulatih baharu serta kemampuan kewangan Kafa.

"Sebagai menghormati profesionalisme pemain, tiada perbincangan terbuka mengenai sebab sesiapa di gugurkan. Yang pasti pencapaian TRW adalah keutamaan dalam sebarang keputusan.

"Membina kekuatan Pasukan akan mengambil masa dan pastinya tidak mudah namun kita berusaha. Pasukan 2014 adalah asas kepada TRW 2015," kata Annuar dalam laman Facebooknya, Khamis.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada dua bekas pemain tersebut serta Darby dalam membantu negeri pantai timur itu pada saingan Liga Malaysia, musim ini.

Pasukan Kelantan mempamerkan aksi hambar dalam saingan Liga Super ketika ini selepas berada pada tangga ketujuh dengan kutipan 20 mata selepas beraksi dalam 14 perlawanan.

Mereka turut tersingkir daripada saingan ke pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas menduduki tangga tercorot daripada empat pasukan Kumpulan G, dengan kutipan tiga mata daripada enam perlawanan.
George Boateng , Kelantan , Steve Darby

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Europa

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain