suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Swee Senarai 23 Pemain Menentang Filipina

Kim Swee
KUALA LUMPUR: Pengendali sementara skuad bola sepak kebangsaan Datuk Ong Kim Swee menyenaraikan 23 pemain untuk aksi persahabatan menentang Filipina pada 27 April ini di Cebu, Filipina.

Dalam aksi persabahatan sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 1 Mac lepas.

Skuad kendalian Kim Swee dijangka bertolak ke Filipina Jumaat.

Berikut adalah senarai pemain yang terpilih. 

Mahali Jasuli, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Amri Yahyah, Safiq Rahim, Mohd Asraruddin Putra, Mohd Safee Sali (semuanya Johor Darul Takzim), Baddrol Bakhtiar (Kedah), Khairul Fahmi Che Mat, Ahmad Fakhri Saarani, Mohd Badhri Mohd Radzi (Kelantan), Mohd Khairul Azahan Mohd Khalid, Mohd Razman Roslan, Azamuddin Mohd Akil, Mohd Hafiz Kamal (Pahang), Bobby Gonzalez (PDRM), Ronny Harun, Putera Nadher Amarhan Maderner (Sarawak), Mohd Farizal Marlias, Bunyamin Umar, S. Kunanlan (Selangor), Muhammad Zubir Mohd Azmi dan Mohd Norfarhan Mohamad (Terengganu).
Kim Swee, persahabatan, Filipina

Artikel Lain