suria

Hasrat Liverpool Dapatkan Tello Tercabar

Cristian Tello (kanan)

HASRAT bakal juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool untuk mendapatkan pemain idamannya dari Barcelona, Cristian Tello pada musim panas ini mungkin terganggu apabila AC Milan dilaporkan sedang membuat perbincangan dan tawaran ketika ini.

Akhbar Itali melaporkan, terdapat pegawai AC Milan telah menemui ejen Tello iaitu Josep Maria Orobitg sebelum melakukan tawaran terhadap Barcelona.

Usaha kelab-kelab bola sepak dunia untuk mendapatkan Tello semakin sengit apabila pemain berkenaan dilaporkan akan menemui pegawai atasan Barcelona bagi mendapatkan pelepasan.

Barcelona ketika ini dikatakan bersedia untuk melepaskan Tello kepada kelab yang mampu membuat yuran perpindahan melebihi £8 juta.

Liverpool, AC Milan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain