suria

Terbuka Singapura: V Shem-Khim Wah Tewas Pusingan Pertama

V Shem (depan) dan Khim Wah tewas pada pusingan pertama Terbuka Singapura.

BEREGU utama negara, Goh V Shem da Lim Khim Wah tewas kepada pasangan pilihan kelima dari Korea Selatan, Kim Sa Rang/ Yoo Yeon Seong, 17-21 24-26 pada pusingan pertama Terbuka Singapura, Rabu.

Pasangan juara Terbuka Malaysia ini gagal meneruskan rentak cemerlang apabila kalah dalam tempoh 53 minit.

Sementara itu, pemain perseorangan badminton negara, Mohamad Arif Abdul Latif juga tewas dalam tempoh 29 minit kepada pemain India B.Sai Praneeth, 13-21 15-21. 

Manakala beregu campuran, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying mengetepikan pasangan dari Korea Selatan Eom Hye Won/Shin Baek Choel 21-17 21-11.

Pasangan pilihan keempat itu hanya mengambil masa 29 minit menewaskan lawan mereka.

Kemenangan pusingan pertama ini turut diraih pasangan beregu wanita negara, Lee Meng Yean/Lim Yin Loo yang menewaskan pasangan tuan rumah, Tan Wei Han/Dellis Yuliana, 21-12 21-11.

Artikel Lain