suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

F1: Hamilton dan Mercedes Menang Lagi

LEWIS HAMILTON menang untuk kali kedua berturut-turut siri Formula 1 musim ini apabila beliau memenangi GP Bahrain pada Ahad malam selepas menjuarai GP Malaysia minggu lalu.

GP Bahrain adalah perlumbaan yang ketiga musim ini selepas GP Australia dan GP Malaysia.

Rakan sepasukannya dari Jerman, Nico Rosberg menduduki tempat kedua.

Dan untuk pertama kalinya juga pemandu Force India, S.Perez berjaya menaiki podium di tempat ketiga.

Juara F1 musim lalu, Sebastian Vettel hanya mampu menghabiskan perlumbaan di tempat keenam.

Ketika Lewis dan Nico bersaing sengit untuk memotong satu sama lain, hanya perlumbaan tinggal baki 10 pusingan sahaja lagi, Lewis bercakap menerusi radio kepada ketua pasukannya yang keretanya tidak mempunyai kuasa yang mencukupi untuk memecut tetapi dia masih berada di hadapan Nico sehinggalah tamat perlumbaan.

Senarai penuh keputusan GP Bahrain (57 pusingan): 

1. L Hamilton-Mercedes.

2. N Rosberg-Mercedes.

3. S Perez-Force India.

4. D Ricciardo-Red Bull.

5. N Hulkenberg-Force India.

6. S Vettel-Red Bull.

7. F Massa-Williams.

8. V Bottas-Williams.

9. F Alonso-Ferrari.

10. K Raikkonen- Ferrari.

11. D Kvyat-Toro Rosso.

12. R Grosjean-Lotus.

13. M Chilton-Marussia.

14. P Maldonado-Lotus.

15. K Kobayashi-Caterham.

16. J Bianchi-Marussia.

17. J Button- McLaren.

18. K Magnussen-McLaren.

19. E Gutierrez-Sauber.

20. M Ericsson-Caterham.

21. J Vergne -Toro Rosso.

22. A Sutil-Sauber.

F1 GP Bahrain, Lewis Hamilton

Artikel Lain