suria

Real Madrid Menang Besar, Tewaskan Real Sociedad 4-0

Pemain Real Madrid, Gareth Bale (tengah) mengawal sepakannya dari ditentang oleh pemain Real Sociedad, Markel Bergara (kiri) dan Carlos Martinez (kanan) semasa perlawanan La Liga Sepanyol di Stadium Anoeta di Sebastian, Sepanyol. Foti AP
PASUKAN Real Madrid melangkah ke hadapan bersama pesaingnya Altletico Madrid dan Barcelona dalam La Liga Sepanyol apabila mencatatkan kemenangan yang begitu cemerlang apabila menundukkan Real Sociedad dengan jaringan 4-0, tanpa Christiano Ronaldo.

Keputusan itu bermakna tiada lagi peluang pada kedudukan tertinggi La Liga Sepanyol selepas permainan pusingan pada hujung minggu ini, apabila pasukan itu yang turut digelar sebagai 'Los Blancos' ketinggalan tiga mata dengan Atletico, dan dua mata di belakang Barcelona.

Real Madrid berjuang untuk mewujudkan peluang dalam mana-mana waktu pada separuh masa pertama, dengan Sociedad bijak mengatur perlawanan dengan aksi Carlos Vela dan Antoine Griezmann.

Bagaimanapun, Real Madrid mendakwa ia menerajui sebelum tamat separuh masa, dengan bekas pemain Sociedad, Asier Illarremendi membalas pukulan bertenaga dari Karim Benzema. 

Anak-anak buah pengurus pasukan Carlo Ancelotti muncul pada separuh masa kedua dengan mempamerkan aksi jaringan gol lebih cemerlang apabila Real Madrid menjadikannya tiga jaringan selepas minit ke-84. 

Selepas jaringan pembukaan dari Illarremendi pada minit ke-44, Bale pada minit ke-66 diikuti jaringan yang dibuat Pepe pada minit ke-84.

Jaringan keempat pula dilakukan oleh Morata pada minit ke-88, menerusi pukulan serangan balas membolosi gawang yang dikawal oleh Bravo, penjaga gol Real Sociedad.

Jaringan:

Illaremendi (minit ke-44), Bale (minit ke-66) dan Pepe (minit ke-66) dan Morata (minit ke-88).

Barisan pemain:

Real Sociedad:

Bravo 4, Martinez 5, Gonzalez 6, Martinez 5, Angel 6, Markel 5, Elustondo 5, Canales 4, Zurutuza 4, Vela 6, Griezmann 7.

Real Madrid: 

Lopez 5, Carvajal 7, Pepe 7, Ramos 7, Nacho 6, Alonso 6, Modric 6, Illarramendi 8, Bale 8, Isco 7, Benzema 6.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain