suria

EPL: Chelsea Tewaskan Stoke City 3-0

Pemain Chelsea, Mohamed Salah (tengah) membuat jaringan pembukaan ketika menentang Stoke City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London. Foto AP
CHELSEA terus berjuang mempertahankan peluangnya untuk merebut juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila menewaskan pasukan Stoke City dengan jaringan 3-0.

Mohamed Salah membuat jaringan pertama buat Chelsea apabila anak buah Jose Mourinho itu kembali dalam EPL bagi menentang Stoke City di Stamford Bridge.

Chelsea yang hanya satu mata dari Liverpool, yang mana akan bermain dengan pasukan West Ham United di Upton park pada pukul 11 malam Ahad (waktu Malaysia).

Manchester City pula dua mata di belakang Chelsea, tetapi mempunyai dua permainan di dalam tangan pada EPL selepas menang 4-1 dalam perlawanannya dengan Southmpton sebelum itu pada Sabtu.

Salah membuat jaringan pembukaan pada minit ke-32. Sebelym itu, Torres hampir untuk melakukan jaringan pertama pada minit ke-25 tetapi berjaya ditangkas oleh penjaga gol Stoke.

Lampard pula menunjukkan aksi dalam menjaringkan gol kedua untuk Chelsea pada minit ke-61.

Willian kemudiannya mengakhiri jaringan ketiga dengan begitu cemerlang pada baki 18 minit sebelum tamat perlawanan.

Jaringan: Chelsea - 3, Stoke - 0

Salah (minit ke-32), Lampard (minit ke-61) dan Willian (minit ke-72)

Barisan pemain:

Chelsea:

Cech, Ivanovic, Cahill, Terry, Azpilicueta, Lampard (Luiz), Matic, Willian (Ashley Cole), Schurrle (Hazard), Salah, Torres.

Stoke:

Begovic, Cameron (Wilkinson), Wilson, Shawcross, Pieters, Odemwingie, Whelan, Palacios (Adams), Nzonzi, Arnautovic, Crouch (Walters).


Artikel Berikut

Keputusan Serie A Itali

Artikel Lain