suria

Kedudukan Torres Dalam Chelsea Terumbang-Ambing Setelah Kalah 1-3

KERJAYA Fernando Torres bersama Chelsea dilihat seolah-olah terumbang-ambing menurut bekas penolong pengurus The Blues, Ray Wilkins.

Pemain Sepanyol itu menerima kritikan hebat daripada pengurusnya Jose Mourinho berikutan kekalahan 3-1 kepada Paris Saint Germain malam Rabu dalam saingan suku akhir pertama Liga Juara-Juara walaupun hanya bermain pada setengah jam terakhir perlawanan di ibu negara Perancis.

Tetapi menurut Wilkins yang meninggalkan Blues pada 2010, perjuangan Torres di Stamford Bridge akan berakhir tidak lama lagi.

"Torres tidak mempunyai masa depan di Chelsea," katanya kepada talkSPORT. 

"Saya fikir dia telah melihat masanya untuk dikeluarkan.

"Dia berpindah dari Liverpool yang mana dia begitu berjaya sebagai individu, untuk Chelsea gaya dia bermain adalah begitu berbeza.

"Dia memerlukan ruang di belakang pemain di tempat dia mahu berlari. Dia perlu menjadikan dirinya dicari pemain lain.

"Kadang-kadang ia bergantung kepada individu. Dia perlu mencuba untuk melakukan sesuatu," katanya.

Torres telah menjaringkan hanya sembilan gol dalam 33 penampilannya bersama Chelsea musim ini dan ketika The Blues sentiasa dikaitkan dengan nama-nama besar penyerang pada musim panas, ia seolah-olah hampir pasti pemain yang berusia 30 tahun ini akan disingkirkan.

Mourinho juga dijangka mensasarkan pemain Atletico Madrid, Diego Costa sebagai ganti.

Artikel Lain