suria

Benteke Terlepas Peluang Beraksi Di Brazil Akibat Kecederaan

CHRISTIAN Benteke akan terlepas peluang untuk beraksi di Piala Dunia selepas diarahkan berehat selama enam bulan ekoran kecederaan otot tendon Achilles, Aston Villa mengesahkan.

Aston Villa mengesahkan bahawa beliau mengalami kecederaan ketika menjalani latihan pada Khamis dan akan menjalani pembedahan selepas memperoleh hasil imbasan mengenai tahap kecederaannya.

Dia dijangka perlu berehat untuk sekurang-kurangnya enam bulan.

"Ia adalah satu tamparan yang amat hebat untuk Christian dan untuk Kelab," kata pengurus Villa Paul Lambert.

"Dia jelas akan terlepas baki perlawanan pada musim ini dan juga Piala Dunia. Tetapi dia akan bekerja keras kerana itulah apa yang dia lakukan dan dia akan kembali untuk bersama kita dalam keadaan lebih kuat berbanding sebelum ini pada musim depan."

Berita kecederaan Benteke ini mula dilaporkan oleh Kristof Terreur, sebuah akhbar bahasa Belanda yang berpangkalan di Brussels, Het Laatste Nieuws, melalui beberapa siri Tweet walaupun Lambert tidak menyebut apa-apa kecederaan kepada Benteke semasa sidang akhbar pada awal hari.

Penyerang dari Belgium telah mula mendapat rentaki dalam permainannya sejak beberapa minggu kebelakangan ini dengan enam gol dalam 11 perlawanan terakhirnya.

Dia menjaringkan enam gol dalam 17 penampilan untuk pasukan kebangsaan dan menjadi pilihan pertama bagi penyerang sampingan dengan pemain lain berbakat termasuk Eden Hazard, Romelu Lukaku, Kevin Mirallas dan Marouane Fellaini.

Artikel Lain