Kemenangan itu sekaligus memberi 71 mata keseluruhan dalam 32 perlawanan kepada pasukan kendalian Brendan Rodgers ini.
Manakala Chelsea yang dibimbing Jose Mourinho gagal menambah mata apabila kalah tipis 1-0 kepada pasukan tercorot Crystal Palace gara-gara gol sendiri oleh John Terry.
Berbaki enam perlawanan setiap pasukan, Liverpool dilihat berada dalam radar untuk menjulang trofi dalam tempoh 24 tahun musim ini sekiranya mereka konsisten menang kesemua perlawanan.
Lebih menarik, perebutan gelaran ini bukan sahaja tertumpu kepada The Reds dan The Blues sahaja, tetapi kemaraan Manchester City turut diberi tumpuan.
Walaupun kini ketinggalan empat mata (67 mata, 30 perlawanan) daripada Liverpool, skuad Manuel Pellegrini itu mempunyai kelebihan dua perlawanan berbanding Chelsea dan Liverpool.
Sekiranya Man City berjaya 'menyapu bersih' kesemua perlawanan, mereka mampu mengatasi kedudukan Liverpool dan Chelsea.
Dalam baki enam perlawanan selepas ini, Liverpool turut berdepan dengan Chelsea dan Man City di laman sendiri yang bakal menyaksikan aksi genting bagi ketiga-tiga pasukan tersebut.
Pasukan keempat, Arsenal yang kini mencatat 64 mata (32 perlawanan) pula perlu mencari tonik baharu sekiranya mahu kekal di kedudukan ini.
Arsenal yang dibimbing Arsene Wenger dilihat semakin hilang sengat selepas tewas besar kepada Chelsea 6-0 dua minggu lalu.
The Gunners ini terpaksa berebut tempat dengan Man City, namun mereka perlu berhati-hati kerana kelebihan tetap di tangan skuad Pellegrini.
Baki perlawanan Liverpool:
West Ham - 6 April
Man City -13 April
Norwich -20 April
Chelsea - 27 April
Crystal Palace - 3 Mei
Baki perlawanan Chelsea:
Stoke City - 5 April
Swansea -13 April
Sunderland - 20 April
Liverpool -27 April
Norwich City - 3 Mei
Cardiff City -11 Mei
Baki perlawanan Manchester City:
Southampton - 5 April
Liverpool -13 April
Sunderland - 16 April
West Brom - 21 April
Crystal Palace - 27 April
Everton - 3 Mei
Aston Villa - 7 Mei
West Ham -11 Mei
Baki perlawanan Arsenal:
Everton - 6 April
West Ham - 15 April
Hull City - 19 April
Newcastle - 28 April
West Brom - 3 Mei
Norwich - 11 Mei


