"Dan saya turut mengingatkan kepada Ecclestone bahawa Malaysia negara pertama mula menganjur F1 di rantau Asia yang menggunakan dana kerajaan untuk mempromosikan negara. Nagara-negara Asia lain seperti China, Bahrain dan lain hanyalah mengikut kita sahaja," jelasnya .
Tambah Razlan lagi, rundingan akan diteruskan selepas mendapat kertas cadangan daripada pihak pengurusan F1.
"Mereka tidak meletakkan sebarang syarat. Cuma apa yang dimahukan adalah rancangan kita untuk memperbaiki acara ini agar lebih menarik.
"Penganjuran F1 bukan seperti menganjukan temasya sukan yang lain yang perlu membida.
"Penganjuran F1 dipersetujui selepas kita sanggup membayar jumlah yang ditetapkan.
"Biasanya kontrak minimum tiga tahun dan maksimum sepuluh tahun. Dan kontrak kita sekarang selama lima tahun," katanya.
Dalam pada itu,Razlan turut berpuas hati dengan penganjuran edisi ke-16 tahun ini.
Walaupun kehadiran pengunjung pada hari terakhir merosot, Razlan berkata ia memang sudah dijangkakan selepas apa yang dihadapi oleh negara.
"Secara keseluruhannya aturcara berjalan lancar, tambahan pula cuaca amat baik. Perlumbaan juga berlangsung dengan sengit.
"Kehadiran penonton kurang 26 peratus berbanding tahun sebelum ini. Hari ketiga perlumbaan seramai 62,340 jumlah yang hadir.
"Kejayaan satu dua oleh pasukan Mercedes Petronas memberi impak yang menarik.
"Tahun ini juga buat kali pertama kita membenarkan semua pengunjung maemasuki litar selepas perlumbaan. Dan ia akan buat aktiviti ini pada tahun seterusnya," jelasnya.


