suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guus Hiddink

PERSATUAN Bola Sepak Belanda mengesahkan Guus Hiddink bakal mengemudi skuad negara itu selepas Piala Dunia 2014 bersama Danny Blind dan Ruud van Nistelrooy sebagai penolongnya.

Awal bulan Mac, bekas pengendali Chelsea dan Real Madrid itu bersetuju untuk mengambil tugas di Belanda ini.

Hiddink akan menggantikan Louis van Gaal yang telah bersetuju melepaskan jawatannya selepas aksi di Brazil dan dalam masa sama dikaitkan akan berpindah kelab Liga Inggeris, Tottenham.

Hiddink sebelum ini pernah menguruskan pasukan Belanda di antara tahun 1994 dan 1998 membawa skuad itu beraksi sehingga separuh akhir Piala Dunia di Perancis yang menyaksikan mereka tewas penalti kepada Brazil.

Dia juga pernah membimbing pasukan Korea Selatan, Russia dan Turki dan mengurus  skuad Anzhi Makhachkala sebelum meletak jawatan pada Julai lalu.

Februari lalu Hiddink dilantik sebagai penasihat kepada pegawai jurulatih PSV Eindhoven sehingga penghujung musim ini.

Belanda diundi berada dalam Kumpulan B pada aksi Piala Dunia Jun ini bersama juara bertahan, Sepanyol, Chile dan Australia.


Guus Hiddink, Belanda, Chile, Speanyol

Artikel Lain