Tze Liang (tengah) menerima replika cek berjumlah RM40,000 daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Turut kelihatan, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong (kiri). Foto: RAYMOND OOI/ The Star
KUALA LUMPUR: Atlet terjun negara, Ooi Tze Liang mendahului penerima tertinggi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) sebanyak RM40,000 berdasarkan pencapaian pingat pada Sukan SEA di Myanmar Disember lalu. Selain Tze Liang, rakan-rakannya dalam acara terjun turut menerima habuan termasuk Muhammad Nazreen Abdullah (RM30,000), Cheong Jun Hoong (RM30,000), Pandelela Rinong (Rm20,000), Ahmad Amsyar Azman (RM10,000), Ng Yan Yee (RM10,000), Nur Dhabitah Sabri dan Leong Mun Yee (RM20,000) sekaligus mencatat jumlah kemenangan keseluruhan tertinggi RM160,000 berbanding dengan pasukan lain. Manakala bagi acara renang pula menerima jumlah keseluruhan sebanyak RM70,000 yang diterima Loh Yen Ling Christina (30,000), Daniel William (RM20,000) dan Khoo Chai Lin (RM20,000). Skuad karate pula yang meraih tujuh pingat emas menerima wang kemenangan sebayak RM140,000 keseluruhannya. Mereka termasuk Lim Chee Wei RM26,666.67, Shree Sharmini Segaran (RM25,000), Nisha Alagasan (RM25,000), Syakilla Salni Jefry (RM25,000), Sentil Kumaran Selvarajoo (RM20,000), Leong Theng Kuang (6,666.66), Leong Tze Wai (RM6,666.66) dan Muer Eleena Anis Abd Malik (RM5,000). Senarai penuh penerima SHAKAM Sukan SEA 2013: Badminton beregu (1 emas) - Woon Khe Wei/Vivian Hoo Kah Mun (RM20,000) Bina Badan (1 emas) - Wong Ngai Heong (RM20,000) Ekuestrian (3 emas) (RM65,000) -Mohd Sulaiman Muda (RM25,000), Praveen Nair Mathaven (RM20,000), Mohd Bulkhari Rozali (RM5,000), Abdul Halim Alihin (RM5,000), Asri Abdul Aziz (RM5,000), Mohd Hisyamuddin Daud (RM5,000). Hoki Lelaki (emas) - RM90,000 Hoki Wanita (emas) - RM90,000 Memanah (2 emas) - RM40,000 Menembak (1 emas) - Eddy Chew (RM20,000) Muay Thai (2 emas) - Mohd Lokman Akimi Mat Roji/Mohd faizal Ramli - RM40,000 Olahraga (4 emas) - RM70,000 Pelayaran (2 emas)- RM40,000 Pencak silat (2 emas) - RM40,000 Wushu (3 emas)- Diana Bong Siong Lin, Tai Cheau Xuen, Phoon Eyin - RM60,000 Sukan Para ASEAN 2013: Catur - RM40,000 Memanah - RM40,000 Olahraga - RM618,000 Ping Pong -RM20,000 Powerlifting - RM40,000 Renang -RM100,000