suria

Terbuka Sony: Nadal Tempah Tiket Ke Suku Akhir

Nadal (kiri) bersalaman dengan Fognini selepas perlawanan pusingan keempat.
PEMAIN  no.1 dunia, Rafael Nadal mengetepikan pemain Itali Fabio Fognini 6-2 6-2 sekaligus menempah tiket ke suku akhir Terbuka Sony bersama-sama Novak Djokovic, Roger Federer dan Andy Murray. 

Namun sebelum perlawanan tersebut, timbul laporan terdapat satu bungkusan yang mencurigakan seperti amaran bom di pintu utama gelanggang sehingga memaksa kawasan itu ditutup dan tidak membenarkan penonton keluar masuk sehingga polis menyiasat  perkara berkenaan.

Bagaimanapun pihak polis mengesahkan tidak ada barangan yang mencurigakan dan berbahaya sebelum Nadal memulakan aski di Crandon Park.

Pemain Sepanyol itu tidak menjadi situasi amaran bom itu sebagai penghalangnya untuk menewaskan Fognini dalam tempaoh 62 minit.

"Setiap hari saya cuba untuk mencari rentak, cuba untuk berfikir mengenai diri saya, apa yang perlu saya lakukan untuk melakukan lebih baik.

"Jadi saya fokus apa yang saya perlu lakukan untuk bermain yang terbaik," jelas Nadal.

Nadal bakal bertemu pemain Kanada, Milos Raonic yang menewaskan Benjamin Becker 6-3 6-4 bagi merebut tiket ke suku akhir ini.

"Dia adalah lawan yang berbahaya. Servisnya sangat kuat, dan tidak ragu-ragu itu adalah antara yang terbaik. 

"Permainan  Raonic agresif kerana dia selalu yakin dengan setiap pukulannya," tambah Nadal.

Terbuka Sony, Miami, Rafael Nadal

Artikel Lain