suria

Tewas Kepada Barca, Ronaldo Salahkan Pengadil

Ronaldo (kanan) kelihatan kecewa selepas Messi (kiri) menjaringkan gol ketiga untuk Barcelona awal pagi Isnin.
PENYERANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo menyalahkan pengadil Alberto Undiano yang tidak cekap di atas kekalahan pasukannya kepada Barcelona dalam aksi saingan Liga Sepanyol awal pagi Isnin.

"Pengadil itu melakukan banyak kesalahan. Kami memerlukan pengadil yang sama tahap untuk mengendalikan perlawanan ini. Dia kelihatan pucat dan gementar. Saya tidak mahu komen mengenai keputusan, tetapi dia sangat teruk.

Pemenang anugerah Ballon d'or turut mendedahkan kemungkinan ada konspirasi berkaitan dengan anti-Madrid berkata: "Ada segelintir pihak yang tidak mahu melihat kami menang dan melihat Barcelona terkeluar daripada saingan merebut trofi.

"Sesetengah kecewa apabila Madrid menang. Mereka iri hati. Layanan tidak sama. Ada pihak juga mahu melihat Barcelona berebut kedudukan dan itulah sebabnya mereka masih di situ.

Namun pengurus pasukan Carlo Ancelotti tidak menyalahkan pengadil, sebaliknya memuji aksi bijak Lionel Messi.

"Saya tidak nampak insiden lain, jadi saya tidak boleh cakap apa-apa mengenai keputusan pengadil. Ini bukan perkara yang saya bincangkan dengan pemain selepas perlawanan," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain