suria

MotoGP: Marquez Rangkul Trofi Pertama Di Qatar

Marquez meraih trofi pertama di Qatar.
PELUMBA Repsol Honda Marc Marquez menewaskan Valentino Rossi  (Yamaha) bagi meraih trofi pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang berlangsung di Qatar pada Ahad.

Manakala Dani Pedroda (Honda) berjaya menamatkan perlumbaan di podium sebelum menyaksikan Stefan Bradl, Andrea Iannone, Bradley Smith dan Alvaro Bautista gagal menghabiskan saingan kerana terlibat dalam kemalangan.

Turut terlibat dalam aksi drama kemalangan itu termasuk Jorge Lorenzo pada lap pertama sebelun Turn 1.

Kejayaan Marquez ini dicapai selepas enam minggu dia berdepan dengan kecederaan patah kaki sekaligus menyaksikan pelumba kelahiran Sepanyol ini mengetuai kedudukan teratas musim 2014 ini dalam mempertahankan kejuaraannya.

Naib juara  2013, Scott Redding menamatkan saingan di tangga ke-7, menewaskan Nicky Hayden.


KEPUTUSAN PENUH PERLUMBAAN PUSINGAN 1 - MotoGP Qatar

1. Marc Marquez (Sepanyol) Honda 42:40.561

2. Valentino Rossi (Itali) Yamaha 42:40.820

3. Dani Pedrosa (Sepanyol) Honda 42:43.931

4. Aleix Espargaro (Sepanyol) Yamaha 42:52.184

5. Andrea Dovizioso (Itali) Ducati 42:52.720

6. Cal Crutchlow (Britain) Ducati 43:09.087

7. Scott Redding (Britain) Honda 43:13.154

8. Nicky Hayden (U.S.) Honda 43:13.189

9. Colin Edwards (U.S.) Yamaha 43:20.108

10. Andrea Iannone (Itali) Ducati 43:23.921

11. Hiroshi Aoyama (Jepun) Honda 43:27.156

12. Yonny Hernandez (Colombia) Ducati 43:27.249

13. Karel Abraham (Czech Republic) Honda 43:31.142

14. Danilo Petrucci (Itali) ART 43:43.688

15. Broc Parkes (Australia) PBM 43:54.947

Artikel Berikut

Keputusan Liga Sepanyol

Artikel Lain