suria

United Bakal Tandatangani William Carvalho £37 juta

SELEPAS berjaya mendapatkan dua kemenangan dalam tempoh seminggu, Manchester United dilaporkan akan menandatangi pemain baharunya dari Sporting Lisbon iaitu William Carvalho pada musim panas akan datang.

United dilaporkan berjaya memikat Carvalho selepas setuju dengan yuran permindahan sebanyak £37 juta.

Pemain pertahanan berusia 21 tahun itu dikatakan akan memulakan latihan bersama United selepas selesai urusan perpindahan.

Pemain kelahiran Angola itu turut mendapat perhatian Chelsea sebelum ini namun ejen dari United berjaya memikatnya lebih awal.

Antara pemain yang dilaporkan menjadi buruan David Moyes untuk memantapkan United selepas ini adalah pemain tengah Bayern Munich, Toni Kroos; pertahanan kiri Southampton, Luke Shaw dan pertahanan Real Madrid, Fabio Coentrao.

Manchester United, Chelsea, Angola

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain