suria

Kalah 0-6, Rekod Terburuk Arsene Wenger

KEKALAHAN besar Arsenal kepada Chelsea pada Sabtu merupakan hari terburuk sepanjang karier Arsene Wenger sebagai pengurus.

Lebih malang mimpi 'hitam' itu muncul ketika Arsene Wenger menyambut perlawanan ke 1,000 bersama Arsenal sebagai pengurus pasukan itu.

Sepanjang karier Arsene Wenger bersama Arsenal, kekalahan terburuk pasukan itu ialah tewas kepada Manchester United 8-2 pada tahun 2012.

"Kekalahan ini adalah kesilapan saya, saya bertanggungjawab penuh terhadapnya," kata Wenger ketika ditemubual oleh saluran televisyen BBC.

"Saya tidak berifikir untuk bercakap banyak mengenai kesilapan yang telah kami lakukan, kami cukup malu hari ini," luahnya.

Wenger berkata, kekalahan itu merupakan sejarah terburuk dalam kariernya dan ia mula berlaku dalam tempoh 20 minit pertama permainan bermula.

Dalam tempoh itu, Samuel Eto dan Andre Schurrle meletakkan Chelsea di depan dengan jaringan 2-0 sebelum permainan lebih dramatik apabila Kieran Gibbs dibuang padang pada minit ke-17.

Dalam situasi tersebut, Pengadil perlawanan, Andre Marriner percaya pertahanan kiri Arsenal telah menyekat Eden Hazard untuk menjaringkan gol.

Chelsea, Arsenal, Manchester United

Artikel Berikut

Artikel Lain