suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tinju: PTAM Mahu Banyak Kejohanan Antarabangsa Dianjurkan

Mohd Isa Abdul Samad

ALOR SETAR: Penganjuran lebih banyak kejohanan tinju bertaraf antarabangsa dapat memberi pendedahan kepada peninju-peninju tempatan untuk menimba pengalaman berharga menerusi penyertaan bersama peninju bertaraf antarabangsa. 

Presiden Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata tidak ramai peninju Malaysia berpeluang menyertai pertandingan itu di peringkat antarabangsa kerana persatuan hanya menghantar peninju terpilih untuk menyertai enam atau tujuh pertandingan setahun.

Sehubungan itu, pihaknya memutuskan untuk menjadikan Kejohanan Tinju Piala Agong sebagai acara tahunan selepas kali terakhir kejohanan antarabangsa itu diadakan pada 1997 dan diadakan semula tahun ini. "Ini permulaan terbaik untuk kita teruskan kejohanan ini," katanya kepadapemberita pada perasmian penutup Kejohanan Tinju Piala Agong 2014 di Stadium Sultan Abdul Halim pada Jumaat.

Kejohanan Tinju Piala Agong 2014 disertai 43 peserta dari 10 negara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Sri Lanka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain