Pengurus Newcastle Didenda £100,000 Kerana Tanduk Pemain Lawan - Sukan | mStar

Pengurus Newcastle Didenda £100,000 Kerana Tanduk Pemain Lawan

Pengurus Newcastle United, Alan Pardew (kanan) dan pemain Hull City, David Meyler, (tiga dari kiri) bertengkar ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium KC, Hull.

NEWCASTLE United malam tadi terus menghukum pengurus mereka, Alan Pardew dengan denda sebanyak £100,000 selepas beliau hilang sabar lalu menanduk pemain Hull City, David Meyler di tepi garisan padang pada minit ke-72 perlawanan.

Dalam perlawanan itu, Newcastle menang 4-1.

Pengadil Kevin Friend, terus mengarahkan Pardew beredar dari tempat duduk pemain.

Newcastle dalam reaksi segera mereka menyifatkan kejadian itu sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima lebih-lebih lagi daripada seorang pengurus.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beberapa jam selepas perlawanan itu tamat, Newcastle menegaskan yang perbuatan Pardew itu telah membayangi kejayaan cemerlang pasukan itu menundukkan Hull 4-1.

Bekas pengurus Newcastle, Graeme Souness menyifatkan tindak-tanduk Pardew sebagai sesuatu yang wajar menerima tindakan pemecatan. Pandangannya turut dikongsi oleh seorang lagi legenda kelab itu, Alan Shearer.

Pengerusi Persatuan Bolasepak England, Greg Dyke, dengan segera berkata yang pihak FA akan menyiasat insiden itu.

Kejadian itu berlaku selepas Pardew ditolak ketepi oleh Meyler dalam usahanya untuk mengutip bola yang terkeluar padang.

Pardew yang berang dengan tolakan Meyler bertindak dengan menanduk pemain itu di muka.

Artikel Sebelum

Wayne Rooney Ambil Suntikan Botox

Artikel Berikut

Lebih Artikel