suria

Oosthuizen Sah Beraksi Pada Terbuka M'sia Maybank

Oosthuizen

KUALA LUMPUR: Bekas juara 2012, Louis Oosthuizen dari Afrika Selatan, merupakan Pemain Bertaraf Bintang kedua disahkan menyertai kejohanan golf Terbuka Malaysia Maybank 2014, yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) dari 17 hingga 20 April.

Pengerusi Maybank Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor berkata beliau dengan sukacita mengumumkan kedatangan Oosthuizen, yang hampir menjuarai Major kedua pada kejohanan Masters 2012, untuk beraksi pada kejohanan tersebut.

"Siapa yang boleh lupa bagaimana beliau bangkit kembali dengan begitu cemerlang daripada kekalahan playoff pada Masters 2012 untuk menjuarai Terbuka Malaysia Maybank tahun lepas," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Awal bulan ini, bekas pemain nombor dua dunia Lee Westwood dari England, yang menjuarai Terbuka Malaysia pada 1997, diumumkan sebagai Pemain Bertaraf Bintang pertama yang akan beraksi pada kejohanan itu.

Sementara itu, presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata kehadiran dua pemain terkemuka itu pasti akan memeriahkan lagi kejohanan tersebut.

Kejohanan golf Terbuka Malaysia Maybank 2014, yang mendapat pengiktirafan Jelajah Eropah dan Jelajah Asia, menawarkan hadiah US$2.75 juta (RM9.137 juta).

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Europa

Artikel Berikut

Messi Sambut Hari Jadi Kekasih

Artikel Lain