suria

Wayne Rooney Ambil Suntikan Botox

Dua perbezaan wajah Wayne dalam tempoh seminggu. Wajah dalam gambar kiri dirakamkan selepas dia mengambil suntikan Botox manakala gambar kanan, wajah sebelum suntikan.

PENERIMA gaji tertinggi dalam Liga Perdana Inggeris, Wayne Rooney dipercayai mengambil suntikan Botox selepas kedutan di dahinya hilang.

Kedutan halus di dahi dan muka bintang Manchester United itu kelihatan telah tiada semasa satu temubual dilakukan oleh sebuah saluran televisyen pada hujung minggu lalu.

Wayne, 28, yang sering dikaitkan dengan wajah kartun Shrek didakwa telah menghabiskan sebanyak £30,000 pada minggu lalu untuk mencantikan rambutnya yang jarang.

Pakar bedah plastik, James McDiarmid percaya Wayne telah mengambil suntikan Botox untuk mencantikan kulit muka.

"Pada pendapat saya, Wayne telah mengenakan Botox pada otot frontalis.

"Ia berfungsi mengurangkan aktiviti otot dan garis halus pada dahi dan muka," katanya.

Artikel Lain