suria

Anak Zidane Pilih Perancis Berbanding Sepanyol

ENZO Fernandez anak kepada pemain legenda Perancis, Zinedine Zidane memilih untuk mewakili Perancis berbanding Sepanyol selepas menerima tawaran pasukan Les Bleus Bawah 19 Tahun.

Pemain berusia 18 tahun itu kini bersama skuad Real Madrid memiliki dua warganegara selepas dilahirkan di Perancis dan berpindah ke Sepanyol pada usia remajanya.

Fernandez bakal menjalani latihan pusat di Clairefontaine pada 3-5 Mac ini.

"Pemain ini telah membuat keputusan untuk menyarung jersi biru," jelas pengurus pasukan remaja Perancis, Willy Sagnol.

"Dia masih boleh mengubah masa depannya tetapi buat masa sekarang dia berminat untuk bermain dengan pasukan kebangsaan Perancis."

Pasukan kebangsaan Perancis kini berharap Enzo bakal mengikut jejak langkah bapanya yang mencatat 108 kap dengan Perancis, menjaringkan dua gol ketika Piala Dunia 1998 bertemu Brazil.

Bola, Enzo, zidane

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain