suria

Pahang Berdepan Laluan Sukar Pada Pusingan Pertama Piala FA 2014

SHAH ALAM: Juara Piala Malaysia, Pahang menempuh laluan berliku pada pusingan pertama kejohanan Piala FA 2014 selepas diundi untuk berdepan dengan juara dua kali iaitu Perak.

Perak merupakan juara pada 1990 dan 2004.

Pada majlis undian yang turut dihadiri Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin itu menyaksikan finalis Piala FA 2012, Sime Darby FC turut berdepan ujian getir selepas dijadual bertemu juara Piala Sumbangsih musim ini Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dua finalis musim ini iaitu Kelantan dan Johor Darul Ta'zim (JDT) bagaimanapun mendapat 'bye' pada pusingan pertama selepas masing-masing muncul juara dan naib juara.

Kelantan akan menentang pemenang antara Pahang Kuantan FA atau Sabah pada pusingan kedua manakala JDT bakal bertemu pemenang perlawanan antara T-Team dan UiTM FC. Pusingan pertama Piala FA akan berlangsung pada 21 Januari depan sebelum pusingan berikutnya pada 4 Februari.

Sementara itu ketua jurulatih Kelantan yang baharu Steve Darby memberi amaran kepada pemainnya agar tidak memandang mudah terhadap sebaran pasukan yang bakal mereka hadapi di pusingan kedua.

"Saya tidak tahu banyak mengenai Pahang Kuantan FA tetapi Sabah merupakan pasukan yang baik perancangannya. Ramai yang fikir pasukan kami akan menentang Sabah (di pusingan kedua) tetapi tidak kisahlah kerana apa saja boleh berlaku," katanya.

Beliau turut tidak menetapkan sasaran buat pasukannya walaupun Kelantan berjaya mempertahankan Piala FA sejak 2012.

"Ia bagus sekiranya kami menang Piala FA kerana ia memberi kami peluang bermain di Piala AFC," katanya.

FAM masih mengekalkan format yang sama untuk saingan Piala FA musim depan iaitu saingan kalah mati untuk pusingan pertama dan kedua sebelum diikuti dengan saingan timbal balik untuk peringkat suku akhir dan separuh akhir.

Badan induk bola sepak kebangsaan itu bagaimanapun masih belum menentukan venue untuk final Piala FA 2014 yang dijangka berlangsung pada 7 Jun.

Undian pusingan pertama.

T-Team vs UiTM FC Kuala Lumpur vs Kedah Melaka vs Perlis Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP FC) vs Sabah Cebagoo FC Polis Diraja Malaysia vs SPA Putrajaya FC Lions XII vs DRB Hicom FC Perak vs Pahang Pahang Kuantan FA vs Sabah Selangor PKNS FC vs Johor Terengganu vs Pahang Kuantan Port Sime Darby FC vs ATM Negeri Sembilan vs Felda United FC Harimau Muda C vs Selangor Sarawak vs Pulau Pinang - BERNAMA

Artikel Lain