T-Team Uji Empat Pemain Import Dari Brazil Dan Nigeria - Sukan | mStar

T-Team Uji Empat Pemain Import Dari Brazil Dan Nigeria

KUALA TERENGGANU: Pasukan bola sepak berstatus kelab, T-Team akan menguji empat pemain import bagi mengisi kuota dua lagi pemain asing dalam pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan. Pemain berkenaan, masing-masing dua dari Brazil dan Nigeria.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Abdul Rashid Jusoh berkata lembaga pengurusan T-Team dalam mesyuaratnya hari ini membuat keputusan untuk menambah kuota pemain import menerusi kuota 3+1 seperti dipersetujui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Baki kuota dua lagi pemain import perlu diisi segera memandangkan FAM menetapkan tarikh tutup pendaftaran pemain import pada 4 Disember ini, katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

"T-Team telah menguji lebih 10 pemain import setakat ini dari pelbagai negara namun semuanya tidak mencapai piawaian yang jurulatih kehendaki. Justeru kita akan memberi peluang kepada pemain-pemain import itu untuk membuktikan kewibawaan masing-masing sehingga Isnin ini sebelum kita membuat keputusan," katanya.

Setakat ini, T-Team mempunyai dua pemain import iaitu Patrich Steve Wanggai dari Indonesia (penyerang) dan Fabio Flor (pertahanan) dari Brazil.

Mesyuarat Exco FAM pada minggu lepas mengubah pendirian dengan menambah kuota pemain import bagi Liga Malaysia musim depan kepada empat pemain.

Penambahan seorang lagi pemain menerusi kuota 3+1 tetap mengekalkan syarat seorang daripada pemain itu mestilah dari Asia dan badan induk bola sepak itu menetapkan syarat hanya tiga pemain dibenarkan beraksi dalam satu-satu perlawanan manakala seorang lagi pemain di bangku simpanan.

Abdul Rashid berkata T-Team sedang mencari pemain import untuk posisi tengah dan penyerang untuk digandingkan dengan Wanggai yang merupakan penjaring terbanyak Liga Super Indonesia (ISL) musim 2012/2013.

Katanya T-Team menyenaraikan seramai 21 pemain tempatan untuk didaftarkan kepada FAM pada 17 Disember ini. - BERNAMA

T-Team , Pemain Import , Abdul Rashid Jusoh

Artikel Sebelum

Selangor Ikat 'Messi Indonesia' Dua Tahun

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain