Mohd Norfarhan Mohamad. Foto SAZUKI EMBONG/THE STARPETALING JAYA: Mohd Norfarhan Mohamad yang bakal menyarung jersi Terengganu pada saingan Liga Malaysia musim depan mengakui teruja apabila turut tersenarai dalam kategori Penyerang Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 yang akan berlangsung Sabtu ini.Norfarhan atau turut dikenali sebagai 'Ben 10' antara penyerang penting skuad Kelantan musim ini, bakal meninggalkan The Red Warriors berpindah ke negeri kelahirannya bagi musim baharu nanti. Kelibatnya bersama skuad Kelantan tidak boleh dinafikan kerana dia antara pemain yang banyak membantu skuad itu dalam persaingan Liga-M dengan membantu menjuarai Piala FA serta naib juara Piala Malaysia tahun ini."Saya akui saingan dalam kategori ini amat sengit dengan nama-nama besar dalam liga Malaysia. Sebelum ini saya pernah disenaraipendek namun bukan rezeki saya untuk menang."Walaupun tidak menaruh harapan tinggi untuk menang, sekurang-kurangnya apabila nama sudah berada di situ, itu bermakna persembahan saya ada orang yang menilainya, " jelasnya kepada mStar Online.Turut tersenarai dalam kategori Penyerang Terbaik bersama Norfarhan ialah pemenang tiga kali Pemain Paling Bernilai (MVP) Norshahrul Idlan Talaha (Johor Darul Takzim FC), Mohd Azamuddin Akil (Pahang) dan Hairuddin Omar (ATM).Senarai penuh pencalonan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013:Kategori: Penjaga Gol TerbaikIzwan Mahbub - Lions XII FCNorazlan Razali - SelangorKhairul Fahmi Che Mat - KelantanMohd Khairul Azhan Khalid - PahangMohd Faizal Harun - ATMMohd Farizal Marlias - Perak Kategori: Pertahanan TerbaikBaihakki Khaizan - Lions XII FCMahalli Jasuli - SelangorAzizi Mat Rose - KelantanRazman Roslan - PahangJalaluddin Jaafar - PahangAmiridzwan Taj Tajudin - ATM Kategori: Pemain Tengah TerbaikNurul Azwan Roya - Johor Darul Takzim FCMohd Badhri Radzi - KelantanR.Gopinathan - PahangAmirul Hadi Zainal - PahangChristie Jayaseelan - ATMJoseph Kallang Tie - Sarawak Kategori: Penyerang TerbaikShahril Ishak - Lions XII FCMohd Amri Yahyah - SelangorNorshahrul Idlan Talaha - Johor Darul Takzim FCMohd Norfarhan Mohd - KelantanMohd Azamuddin Akil - PahangHairuddin Omar - ATM Kategori: Pemain Harapan TerbaikNik Shahrul Abdul Halim - KelantanS.Sivanesan - Negeri SembilanJunior Edstal - SarawakMohd Nasir Basharudin - PerakNazmi Faiz Mansor - Selangor PKNS FCK.Reuben - ATM Kategori: Ketua Juruatih TerbaikV.Sundramoorthy - Lions XII FCBojan Hodak - KelantanDollah Salleh - PahangB.Sathianathan - ATMRobert Alberts - SarawakIsmail Zakaria - KL Sime Darby FC Kategori: Pemain Asing TerbaikObinna Nwaneri - KelantanDickson Nwakaene - KelantanMathia Ruben Conti - PahangMarlon Alex James - ATMPatrick Ronaldinho Wleh - Selangor PKNS FCKarlo Primorac - KL Sime Darby FCManakala kategori Most Valuable Player (MVP) akan ditentukan melalui undian tertinggi daripada 6 Kategori yang telah dinyatakan di atas.