suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khairy Ucap Takziah Kepada Keluarga Chua

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengucapkan takziah kepada keluarga pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat yang maut dalam kemalangan jalan raya, awal pagi Khamis.

Khairy menganggap kematian pemain itu merupakan kehilangan besar kepada dunia sukan negara.

"Saya mewakili KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan kerajaan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau. Beliau telah banyak mengharumkan nama negara dalam sukan hoki di peringkat antarabangsa.

"Jasanya akan tetap dikenang sampai bila-bila," katanya sebelum memulakan sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini, Khamis.

Chua, 33, maut dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran stesen LRT Kelana Jaya, apabila kereta Proton Perdana dipandunya terlanggar sebuah lori tangki air, dalam kejadian 2.25 pagi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain