suria

Bola Sepak Euro Wanita: Jerman Pertahan Gelaran Keenam Berturut-Turut

Pemain-pemain Jerman merai kemenangan selepas menewaskan Norway pada aksi akhir Bola Sepak Euro, Isnin.

PENJAGA gol Jerman, Nadine Angerer menyelamatkan dua sepakan penalti, manakala pemain gantian Anja Mittaga menjadi punca kemenangan 1-0 ke atas Norway pada aksi final Kejohanan Bola Sepak Euro Wanita di Stockholm, awal pagi Isnin.

Kejayaan ini sekaligus mencatat kejuaraan keenam berturut-turut pasukan Jerman, manakala mencipta rekod keempat kemenangan final Eropah ke atas Norway.

Norway yang digelar skuad 'underdog' memberi tekanan kepada Jerman sejak awal permainan, namun malang sekali gagal memanfaatkan peluang untuk mendahului Jerman pada separuh masa pertama.

Jerman bagaimanapun berjaya menggunakan pengalaman sebagai juara bertahan dengan bangkit pada babak kedua sekaligus turut melakar gelaran kelapan juara Eropah keseluruhannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain