suria

Bayern Akan Tawar Chelsea £40 Juta Untuk David Luiz

David Luiz
David Luiz
David Luiz

JUARA Eropah dan Jerman, Bayern Munich akan membuat tawaran sehingga £40 juta (RM198.12 juta) kepada Chelsea untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Brazil, David Luiz.

Akhbar Britain, The Sun dalam laporan eksklusifnya mendakwa bos Bayern yang baru Pep Guardiola ingin mendapatkan Luiz sejak dia memimpin Barcelona lagi.

Luiz, 26, telah bermain dengan cemerlang pada kempen Brazil di Kejohanan Piala Konfederasi bulan lalu yang membawa kepada kemunculan mereka sebagai juara.

Namun begitu kedudukan Luiz dalam pasukan Chelsea di bawah kepimpinan Jose Mourinho adalah masih tidak jelas dan hanya beberapa minggu yang lalu namanya disebut-sebut akan dijual kepada Manchester United sebagai tawaran untuk mendapatkan Wayne Rooney.

Bagaimanapun usaha Chelsea untuk mendapatkan Rooney tidak berhasil kerana United enggan berpisah dengan penyerang mereka itu buat masa ini.

Pada masa yang sama, akhbar The Sun turut melaporkan yang Guardiola kini amat terdesak untuk mendapatkan Luiz selepas Bayern tewas mengejut 2-4 di tangan Borussia Dortmund pada perlawanan Piala Super Jerman Sabtu lalu.

Tawaran sebanyak £40 juta kepada Chelsea untuk mendapatkan khidmat David Luiz itu dilaporkan terlalu lumayan untuk ditolak jika diambil kira pelaburan yang mereka keluarkan sebanyak £21 ketika membelinya dari Benfica dua tahun lalu.

Sementara itu Florent Malouda dan Jose Bosingwa sedang dalam rundingan akhir untuk memuktamadkan perpindahan mereka ke kelab Turki, Trabzonspor.

Bekas pemain antarabangsa Perancis, Malouda, 33, telah dilepaskan oleh Chelsea penghujung musim lalu manakala Bosingwa, 30 yang musim lalu bermain untuk QPR tidak diperbaharui kontraknya.

Bayern Munich, David Luiz, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain