suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Universiade: Kelalaian Punca Tewas Kepada Jerman - Jurulatih

KAZAN: Skuad hoki universiti negara perlu mengambil pengajaran dan sedar bahawa kelalaian mereka pada minit akhir perlawanan membawa padah kepada pasukan negara, kata Jurulatih pasukan Nor Azlan Bakar.

Beliau berkata sikap pemain yang tidak memberikan fokus sehingga tamat perlawanan adalah 'penyakit lama' yang perlu diambil perhatian serius dan dijadikan pengajaran kepada semua pemain.

"Kita harus matang dalam menangani masalah di saat-saat akhir. Perkara ini perlu diambil perhatian oleh semua pemain.

"Kelalaian pemain di saat-saat akhir ini berulang kali berlaku dalam sejarah hoki negara...ini perkara yang menyedihkan tetapi kita perlu pandang pada sudut positif," katanya kepada pemberita.

Pada perlawanan penentuan pingat gangsa semalam, skuad hoki tewas 3-4 kepada Jerman kerana kesilapan pemain yang membenarkan jaringan mudah buat pasukan lawan di saat-saat akhir perlawanan.

Kapten pasukan Muhammad Razie Abdul Rahim berkata beliau dan rakan sepasukan mengakui kesilapan pasukan menyebabkan skuad hoki negara gagal meraih pingat gangsa pada perlawanan pada Isnin.

"Memang sangat kecewa, gol akhir Jerman itu memang salah kami sebab pasukan tidak menyedari pemain lawan berada di belakang. Kesilapan kami sendiri yang menyebabkan kita kalah," katanya.

Sementara itu, jurulatih Jerman Falk Hessler turut bersimpati dengan kekalahan yang melanda skuad negara dan mengakui ia bukan satu perlawanan yang mudah buat Jerman.

"Ia satu perlawanan yang menarik...kedua-dua pasukan telah mencuba sedaya upaya dan pada saat akhir kami sedikit bertuah daripada Malaysia," katanya.-BERNAMA

Artikel Lain