suria

Eric Abidal Sertai Monaco Dari Barcelona

Abidal kembali memperkuat kelab lamanya, Monaco.
Abidal kembali memperkuat kelab lamanya, Monaco.
Abidal kembali memperkuat kelab lamanya, Monaco.

PEMAIN antarabangsa Perancis dan Barcelona, Eric Abidal kembali menyertai kelab pertamanya Monaco dengan menandatangani kontrak selama tiga tahun.

Monaco memulakan musim baru ini dengan wajah baru dan bercita-cita besar.

Selain Abidal, mereka telah pun membeli seorang lagi pemain antarabangsa Perancis, Jeremy Toulalan, pemain pertahanan Real Madrid, Ricardo Carvalho, pemain Porto Joao Moutinho dan James Rodriguez serta pembelian paling sensasi dan terbesar iaitu pemain Colombia, Radamel Falcao dari Atletico Madrid.

Abidal, 33, baru sahaja kembali bermain semula April lalu selepas berjaya menjalani pembedahan perpindahan hati pada 2012.

Abidal, yang bermain sebagai bek tengah selama enam musim bersama Barcelona memulakan kerjaya profesionalnya dengan juara Perancis, Monaco sebelum menyertai Lille dan Lyon.

Ketika di Lyon, dia telah memenangi kejuaraan liga Perancis selama tiga musim berturut-turut sebelum dibeli oleh Barcelona dengan harga £10 juta pada 2007.

"Saya terpaksa meninggalkan Barcelona kerana saya mahu terus bermain selama tiga tahun lagi dan selepas itu saya akan kembali ke kelab ini, " kata Abidal.

Presiden Barcelona, Sandro Rosell berkata, Abidal boleh bila-bila masa kembali semula ke kelab itu sebagai pengarah teknikal akademi bolasepak apabila dia memutuskan untuk bersara sebagai pemain nanti.

Sepanjang enam musim di Barcelona, Abidal berjaya merangkul 15 buah trofi termasuk dua Piala Liga Juara-Juara Eropah.

Rekod Abidal Bersama Barca:

Piala Liga Juara-Juara Eropah: 2009, 2011

La Liga: 2008-09, 2009-10, 2010-11, 2012-13

Copa del Rey: 2009, 2012

Piala Super Uefa: 2009, 2011

Piala Kelab Dunia: 2009, 2011

Piala Super Sepanyol: 2009, 2010, 2011

Artikel Berikut

Artikel Lain