suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukma: Terengganu Sapu Bersih Lima Pingat Emas Hari Terakhir Acara Mendayung

KUALA LUMPUR: Terengganu berjaya menyapu bersih lima pingat emas yang ditawarkan pada hari terakhir acara mendayung pada temasy Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 di Pusat Latihan Rowing Kebangsaan, Empangan Batu, Ulu Yam, dekat sini, Rabu.

Emas Terengganu diperoleh menerusi Nur Fatiha Che Yon Rsni dalam acara acara perseorangan wanita scull (W1X), double scull (LW2X) (Nor Shazlin Che Adnan/Che Ku Nurul Asma' Cheku Abdullah0 dan acara berempat lightweight (LW4-) oleh gandingan Ika Natasha Yahya/Siti Niartun Aniqah Anirad/Kasyifah Mohiddin/Siti Ratin Nabilah Mohd Ashini).

Pingat emas kempat dan kelima Terengganu dipunggut masing-masing menerusi acara berpasangan wanita (W2) dan pasukan asukan lelaki coxed eight.

Ketua jurulatih Terengganu, Mohd Shahrol Mat Saad berkata, beliau berpuashati dengan kejayaan cemerlang anak didiknya yang giat menjalani latihan sejak Disember lepas.

Mohd Shahrol, 31, berkata kejayaan tersebut juga membuktikan bahawa Terengganu masih kekal sebagai kuasa besar sukan mendayung walaupun mendapat saingan sengit daripada pasukan Johor dan Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata, harapannya selepas Sukma adalah untuk melihat anak buahnya mampu pergi ke peringkat yang lebih tinggi lagi setidak-tidaknya dapat mewakili negara ke peringkat Sukan SEA.

Terengganu berjaya mengekalkan gelaran juara keseluruhan acara mendayung setelah mengutip lapan pingat emas dan satu pingat perak berbanding lima emas, satu perak dan dua gangsa pada edisi 2011 di Kuala Lumpur. - BERNAMA

Artikel Lain