suria

Zulfadli Lepasi Halangan Peringkat Kelayakan Terbuka Singapura

KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Zulfadli Zulkifli berjaya melepasi dua perlawanan peringkat kelayakan Kejohanan Badminton Terbuka Singapura pada Selasa.

Beliau menewaskan pemain tuan rumah, Derek Wong Zi Liang dengan 18-21, 21-15 dan 21-15 dan kemudiannya mengalahkan Wei Nan dari Hong Kong dengan 21-18 dan 21-15.

Kejayaan itu membolehkan Zulfadli mara ke pusingan pertama kejohanan, di mana beliau akan bertemu permain pilihan kelima kejohanan, Boonsak Ponsana dari Thailand. Turut melayakkan diri ke peringkat seterusnya ialah pasangan Ong Jian Guo/Teo Kok Siang yang menewaskan dua beregu tuan rumah.

Terdahulu mereka menewaskan gandingan Huang Chao/Derek Wong Zi Liang dengan 21-11, 21-19 dan kemudiannya menewaskan gandingan Danny Bawa Chrisnanta/Terry Yeo Zhao Jiang dengan 18-21, 21-13 dan 21-14.

Ong Jian Guo dan Teo Kok Siang bakal berdepan rakan sepasukan, Mohd Zakry Abdul Latif dan Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari pada saingan pusingan pertama, Rabu.

Berikut ialah keputusan melibatkan pemain Malaysia pada peringkat kelayakan:

Perseorangan lelaki:

B. Sai Praneeth (IND) mn Mohd Hafiz Hashim 21-13, 21-15;

Zulfadli Zulkifli mn Derek Wong Zi Liang (SIN) 18- 21, 21-15, 21-15;

Zulfadli Zulkifli mn Wei Nan (HKG) 21-18, 21-15.

Perseorangan wanita:

Tee Jing Yi mn Chen Jiayuan (SIN) 21-19, 16-21, 21-17;

Sun Yu (CHN) mn Tee Jing Yi 21-9, 21-12.

Beregu lelaki:

Wannawat Ampunsuwan/Patipat Chalardchaleam (THA) mn Chow Pak Chuu/Tan Bin Sean 16-21, 21-18, 21-11;

Mohd Razif Abdul Latif/Muhammad Hafiz Hashim mn Sean Lee/Loh Kean Yew (SIN) 21-13, 21-16;

Ong Jian Guo/Teo Kok Siang mn Huang Chao/Derek Wong Zi Liang (SIN) 21-11, 21-19;

Kok Zheng Yi/Kong Keat Zhen mn Manish Guptha/Gaurav Venkat (IND) 21-13, 17-21, 21-11;

Andrei Adistia/Gideon Markus Fernaldi (INA) mn Mohd Razif Abdul Latif/Muhammad Hafiz Hashim 23-21, 21-6;

Ong Jian Guo/Teo Kok Siang mn Danny Bawa Chrisnanta/Terry Yeo Zhao Jiang (SIN) 18-21, 21-13, 21-14;

Chan Tsz Kit/Lo Lok Kei (HKG) mn Kok Zheng Yi/Kong Keat Zhen 21-14, 23-21. Beregu campuran:

Teo Kok Siang/Lee Meng Yean mn Loh Kean Hean/Chua Yin Ling (SIN) 18-21, 21-13, 23-21;

Ryota Taohata/Naoko Fukuman (JPN) mn Teo Kok Siang/Lee Meng Yean 21-14, 21-12. - BERNAMA

Artikel Lain