suria

Cub Prix: Affendi Buru Podium Sebagai Hadiah Hari Lahir

Affendi sasar podium pada aksi di Muar minggu ini.
Affendi sasar podium pada aksi di Muar minggu ini.
Affendi sasar podium pada aksi di Muar minggu ini.

PELUMBA pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing, Mohd Affendi Rosli meletakkan sasaran untuk menaiki podium sempena menyambut hari jadinya pada pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Litar Stadium Sultan Ibrahim, Bandar Diraja Muar hujung minggu ini.

Affendi yang bakal mencecah usia 28-tahun pada 10 Jun ini bersemangat tinggi dan yakin dia mampu menghabiskan perlumbaan CP130 akan datang di atas podium selepas kejayaan mencatat kemenangan pertamanya musim ini pada pusingan lepas (Terengganu) mengatasi, Mohd Zaqhwan Zaidi dan juara bertahan, Azlan Shah Kamaruzaman.

Turut menambah keyakinannya, Affendi menyatakan dia kini sudah 100 peratus pulih dari kecederaan saraf pada tangan kirinya yang memaksa beliau untuk menarik diri dari pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Indonesia bulan lepas.

“Saya ingin mencari hadiah paling bermakna pada pusingan empat di litar Muar hujung minggu ini dengan menaiki podium sempena hari lahir saya ke-28.

“Seluruh pasukan optimistik kami mampu mencapai matlamat ini kerana jentera kami antara yang paling menyerlah dalam kategori CP130 dan ini terbukti apabila saya dan Azlan berjaya memenangi satu perlumbaan masing-masing.

“Tambahan pula, saya juga telah pulih sepenuhnya dari kecederaan saraf yang menghalang saya dari mencatat keputusan baik pada dua pusingan awal musim ini," jelasnya.

Affendi kini menduduki tangga ketiga carta keseluruhan CP130 dengan catatan 44 mata.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Arsenal Mampu Bayar Rooney

Artikel Lain