suria

Cole Ketuai Pasukan Bertemu Republik Ireland

Cole dilantik sebagai kapten menjelang perlawanan bertemu Republik Ireland awal pagi khamis.
Cole dilantik sebagai kapten menjelang perlawanan bertemu Republik Ireland awal pagi khamis.
Cole dilantik sebagai kapten menjelang perlawanan bertemu Republik Ireland awal pagi khamis.

PENGURUS England, Roy Hodgson menjelaskan bahawa Ashley Cole bakal dilantik menjadi kapten menjelang perlawanan persahabatan bertemu Republik Ireland berbanding rakan sepasukannya di Chelsea, Frank Lampard.

Sebelum ini Lampard dijangka mengambil alih tanggungjawab itu dari Steven Gerrard, namun Hodgson merasakan posisi itu patut diberi kepada Cole sebagai penghargaan sempenan mencatat kap yang ke-100 bersama skuad kebangsaan.

"Frank sentiasa menjadi pilihan sekiranya Gerrard tidak menyertai skuad.

"Tetapi selepas berbincang dengannya berkenaan tugas ini, Frank gembira dengan perlantikan Cole bagi mengetuai pasukan sempena meraikan kapnya itu.

"Sebenanrnya ia penampilan yang ke-102. Saya dan Frank gembira Cole akan mengetuai barisan pemain pada aksi ini.

"Bagaimanapun Franks tetap menjadi kapten pasukan," jelas Hodgson.

England bakal menerima kunjungan Republik Ireland di Stadium Wembley pada pukul 3 pagi Khamis.

Artikel Lain