suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Delia Tersingkir Daripada Terbuka Britain

KUALA LUMPUR: Cabaran pemain Malaysia Delia Arnold padakejohanan skuasy Terbuka Britain 2013 di Pontefract, Yorkshire Barat, England, berakhir pada Selasa.

Setelah melayakkan diri ke pengundian utama selepas melalui dua pusingan kelayakan, Delia kalah kepada pemain nombor tiga dunia Raneem El Weleily dari Mesir dalam pertarungan empat set.

Delia memulakan permainan dengan penuh meyakinkan apabila menang set pertama 11-8, sebelum kalah 7-11, 3-11 dan 4-11 dalam perlawanan selama 39 minit.

Terdahulu, pasangan Malaysia Low Wee Wern dan Ong Beng Hee, yang beraksi dalam kategori lelaki, turut disingkirkan.

Pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David merupakan satu-satunya pemain Malaysia yang masih bertahan dalam kejohanan itu.

Beliau mara ke pusingan kedua setelah mengalahkan Joshna Chinappa dari India 11-4, 11-5 dan 11-4 dalam pertarungan yang hanya mengambil masa setengah jam. - BERNAMA

Artikel Lain