suria

Badminton: Khairy Akan Jumpa BAM Bincang Prestasi Beregu Utama Negara

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (dua, kanan) bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kanan) menunjukkan isyarat bagus selepas Majlis Serah Tugas Menteri Belia dan Sukan di Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya pada Selasa.- Foto BERNAMA.

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi membincangkan prestasi tidak memberangsangkan beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. Beliau berkata pertemuan itu yang dijangka selepas berakhirnya kejohanan Piala Sudirman Ahad ini, akan menekankan kepada strategi permainan gandingan itu dikaji semula selain pembangunan sukan berkenaan secara keseluruhannya.

"Sebagai amalan, saya tidak mahu memberi komen berhubung prestasi atlet semasa kejohanan berlangsung. Bagi saya, tidak adil membuat kesimpulan sekarang. "Sudah pasti sebagai menteri saya mahu melihat kejayaan dalam semua sukan termasuk bola sepak dan hoki," katanya selepas menerima tugas Menteri Belia dan Sukan daripada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, di Menara KBS di sini, Selasa.

Malaysia memulakan kempen Piala Sudirman dengan langkah sumbang selepas diaibkan 2-3 oleh pasukan bukan pilihan, Taiwan dalam aksi sulung Kumpulan C di Stadium Putra, Bukit Jalil minggu lepas.

Kekalahan mengejut pasangan nombor tiga dunia, Kien Keat-Boon Heong menyebabkan pasukan negara, yang turun selaku pasukan pilihan pada kejohanan itu, tumpas kepada Taiwan sekaligus berdepan laluan sukar untuk mara ke suku akhir.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata pelantikan Khairy sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu mampu membawa perubahan yang lebih baik dalam bidang itu.

"Beliau merupakan pemimpin yang dinamik serta lebih dekat dengan generasi Y, sangat aktif dan mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

"Beliau juga dapat memahami generasi baharu dan akan datang. Saya yakin kementerian ini akan lebih baik di bawah kepimpinan beliau daripada saya," katanya.-BERNAMA

Artikel Lain