suria

Alex Ferguson Diberi Penghormatan Sebelum Undur Diri Sebagai Pengurus Man United

Pengurus Manchester United, Alex Ferguson (tengah) menerima tepukan gemuruh daripada para penyokong yang memberikan penghormatan terhadap beliau yang akan bersara daripada menguruskan pasukan itu, selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Manchester United dan West Bromwich Albion di Hawthorns, Birmingham, Britan. Foto EPA

ALEX Ferguson mengundurkan diri sebagai Pengurus Manchester United pada Ahad dengan memberikan senyuman, lambaian dan sejumlah jaringan dalam permainan pasukan itu ke-1,500 yang diuruskannya tetapi tiada kemenangan yang seperti dihajatinya.

Warga Scotland yang berusia 71 tahun itu memasuki persaraannya setelah menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan jaringan 5-5 antara Manchester United dan West Bromwich Albion pada akhir musim.

Sebelum permainan itu, beliau bercakap mengenai hasratnya untuk keluar pada keputusan yang tinggi selepas 26 tahun berkhidmat dalam jawatan tersebut tetapi beliau tidak memberi maksud sebenar mengenai jenis jaringan berkenaan.

“Beliau pasti akan mengingati perlawanan terakhir yang diuruskannya! Beliau akan ingat permainan ini. Ia mungkin pertama kali Manchester United telah mendahului 5-2 dan tidak menang,” kata penyerang, Javier Hernandez kepada BBC.

Ferguson disambut dengan penghormatan dari kedua-dua pasukan sebelum perlawanan bermula, dan memilih untuk tidak terlibat dalam mana-mana temuramah selepas permainan.

Tetapi sebelum meninggalkan padang, beliau melambaikan tangannya kepada para peminat dan menunduk menerima penghormatan. - REUTERS

Artikel Lain