Terengganu Hantar 20 Pelumba Ke Kejohanan GP Kebangsaan Sirkit Ke-2 - Sukan | mStar

Terengganu Hantar 20 Pelumba Ke Kejohanan GP Kebangsaan Sirkit Ke-2

KUALA TERENGGANU: Terengganu akan menghantar 20 pelumba berbasikal termasuk dua wanita bagi menghadapi kejohanan Grand Prix Kebangsaan Sirkit kedua yang akan diadakan di Perlis pada 21 Jun.

Jurulatih Lumba Basikal Terengganu, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata, sebagai persediaan pelumba-pelumba akan memulakan latihan pada 26 Mei ini bagi memfokuskan persiapan ketahanan mental dan stamina.

Syed Mohd Hussaini berkata, sirkit pertama yang berlangsung di Muar Johor, pada 23 dab 24 Mac lepas menyaksikan pelumba-pelumba negeri menunjukkan prestasi terbaik dengan menduduki tempat pertama dalam acara Ujian Masa Perseorangan dan tempat kedua bagi acara Lebuhraya Junior.

"Fokus kita di Perlis nanti ialah mengekalkan kedudukan tersebut sebagai perangsang untuk sirkit-sirkit seterusnya nanti," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Selepas Perlis, Grand Prix Kebangsaan sirkit seterusnya akan diadakan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, diikuti sirkit keempat di Kuantan, Pahang dan sirkit terakhir di Melaka.

Bagi memantapkan fizikal dan mental, Syed Mohd Hussaini berkata, pelumba-pelumba Terengganu mungkin akan berkayuh ke Perlis bagi menguatkan ketahanan sebelum menyertai kejohanan itu.

Beliau juga berkata, pelumba-pelumba Terengganu turut menyertai kejohanan lumba basikal bawah 21 tahun sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-70 yang berakhir pada Ahad.

Katanya, kejohanan itu sebagai salah satu pendedahan dan latihan kepada pelumba-pelumba mengharungi saingan Grand Prix Kebangsaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Saya Tidak Salahkan Pemain - Nor Azlan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain