suria

Yuksel Perlu Lebih Masa Untuk Bergantung Pemain Tempatan

KUALA TERENGGANU: Pemain import baharu pasukan T-Team Damir Ibric Yuksel memerlukan sedikit masa untuk bergandingan dengan pemain tempatan sebelum menjadi pemain disegani dalam Liga Super.

Pengendali pasukan berstatus kelab itu, Che Ku Marzuku Che Ku Mohd Nor berkata ini kerana corak permainan Yuksel berbeza berbanding pemain import lain.

"Dia ini corak permainannya agak perlahan berbanding pemain import lain tetapi beliau mempunyai kawalan bola yang baik," katanya kepada pemberita, Ahad.

Che Ku Marzuki, yang menggantikan Peter Butler selepas direhatkan ekoran kemerosotan prestasi pasukan itu, berkata beliau akan cuba mengubah pemain yang memegang kerakyatan Bosnia dan Turki itu menjadi pemain lebih pantas.

Yuksel diturunkan buat pertama kali ketika pasukan itu menentang Perak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini semalam, yang menyaksikan T-Team menang 2-0.

Dalam pada itu, Che Ku Marzuki berpuas hati dengan persembahan yang dipamer pemain T-Team ketika menentang Perak.

"Inilah pertama kali kita menang dalam kempen Liga Super setelah melalui 13 perlawanan. Sasaran kita nampaknya telah berjaya," katanya.-BERNAMA

Artikel Berikut

ARRC: Azlan Kejar Podium

Artikel Lain