suria

Cardiff City Capai Impian Selepas 51 Tahun

Pemain-pemain Cardiff City meraikan kejayaan pasukan mara ke kempen EPL musim depan.
Pemain-pemain Cardiff City meraikan kejayaan pasukan mara ke kempen EPL musim depan.
Pemain-pemain Cardiff City meraikan kejayaan pasukan mara ke kempen EPL musim depan.

PASUKAN Cardiff City mengesahkan gelaran juara Liga Kejuaraan biarpun hanya mencatat keputusan seri 1-1 pada aksi menentang Burnley, malam Sabtu.

Pasukan Bluebirds itu mendapat jaringan seawal minit-27 perlawanan menerusi Craig Conway, namun Burnley tidak memberi peluang untuk meraih mata penuh, sebaliknya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-90 menerusi Edgar.

Menang atau kalah perlawanan ini, yang pasti impian yang dinanti-nanti sejak 51 tahun dulu akhirnya tercapai sekaligus akan beraksi dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Dengan jumlah 85 mata terkumpul dalam 44 perlawanan, hanya meninggalkan pencabar terdekat dengan perbezaan tujuh untuk berada tempat kedua, Hull City (78 mata).

Artikel Berikut

ARRC: Azlan Kejar Podium

Artikel Lain