suria

Tony Fernandes Terpaksa Buat Pinjaman Bank £15 Juta Untuk Selamatkan QPR

TONY FERNANDES, pemilik kelab bolasepak Liga Perdana Inggeris QPR telah dilaporkan membuat pinjaman bank berjumlah £15 juta dalam usaha untuk mengekalkan kelab itu berfungsi tanpa sebarang masalah.

Pinjaman itu diperolehi menerusi Barclays Bank di Hong Kong bulan lalu.

QPR kini berhadapan dengan kemungkinan disingkirkan ke liga bawah jika mereka gagal memenangi kesemua baki lima perlawanan lagi.

Namun begitu seandainya kelab itu benar-benar tersingkir daripada liga perdana, mereka akan memperolehi geran sebanyak £60 juta musim depan.

Buat masa ini mana-mana kelab yang tersingkir dari liga perdana diberi jaminan akan memperolehi £48 juta dalam tempoh empat tahun untuk membolehkan mereka terus beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun angka itu dijangka meningkat kepada £60 juta ekoran kenaikkan yuran siaran langsung televisyen.

Fernandes baru-baru ini menegaskan yang beliau dan para pemegang saham utama yang lain komited dengan masa depan QPR walaupun terdapatnya kebimbangan kelab itu akan berhadapan dengan krisis kewangan sekiranya tidak dapat terus kekal dalam liga perdana.

Pengurus baru QPR Harry Redknapp yang dilantik November tahun lalu mengakui terdapat ramai pemain yang dibayar melebihi apa yang sepatutnya mereka dapat.

Artikel Lain