suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

City Mara Ke Aksi Final Piala FA

Aguero meraikan jaringannya pada minit ke-47.
Aguero meraikan jaringannya pada minit ke-47.
Aguero meraikan jaringannya pada minit ke-47.

LONDON: Manchester City menempah tempat ke saingan akhir Piala FA selepas berjaya menewaskan Chelsea 2-1 dalam aksi separuh akhir di Stadium Wembley, awal pagi Isnin.

Pemain tengah Samir Nasri dan penyerang Sergio Aguero muncul wira City selepas kedua-duanya menjaringkan gol berharga pada minit ke-35 dan 47.

Chelsea bangkit pada separuh masa kedua menerusi jaringan Demba Ba pada minit ke-67.

Fernando Torres yang diturunkan dari bangku simpanan sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti apabila jersinya ditarik kapten City, Vincent Kompany pada minit ke-86.

Bagaimanapun, pengadil Chris Foy berada terlalu jauh dari tempat insiden itu berlaku.

Kemenangan itu membolehkan pasukan bimbingan Roberto Mancini itu bertemu Wigan Athletic yang sebelum ini menumpaskan Millwall dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Mancini kini selangkah untuk menjuarai trofi Piala FA buat kali kedua dalam aksi final ketiga mereka pada 11 Mei depan.

Trofi pertama dimenangi selepas menewaskan Stoke City 1-0 dua tahun lalu.

Senarai pemain:

Chelsea: Cech, Azpilicueta, Ivanovic, Luiz, Bertrand, Ramires, Mikel, Hazard, Mata, Ba, Oscar. Pemain gantian: Turnbull, Lampard, Torres, Moses, Terry, Benayoun, Ake.

Man City: Pantilimon, Zabaleta, Kompany, Nastasic, Clichy, Milner, Toure, Barry, Nasri, Tevez, Aguero. Pemain gantian: Hart, Lescott, Dzeko, Sinclair, Kolarov, Javi Garcia, Toure.

Venue: Stadium Wembley

Artikel Lain