suria

United Perlu Menang 2 Perlawanan Lagi Untuk Dinobatkan Juara Liga

MANCHESTER UNITED nampaknya terpaksa menunggu sekurang-kurangnya dua perlawanan lagi untuk meraikan kejuaraan liga mereka musim ini apabila pesaing terdekat Manchester City berjaya menumpaskan Wigan 1-0 manakala mereka pula bernasib baik seri 2-2 dengan West Ham dalam perlawanan liga awal pagi Khamis.

Dengan membuat andaian Manchester City akan menang kesemua baki perlawanan mereka selepas ini, United memerlukan enam mata sahaja lagi (menang dua perlawanan berikutnya) daripada baki lima perlawanan untuk menjulang kejuaraan liga mereka yang ke-20.

United akan mencatat sejarah sebagai satu-satunya kelab Inggeris yang berjaya dinobatkan sebagai juara liga sebanyak 20 kali.

Perlawanan United seterusnya ialah Isnin depan menentang Aston Villa dan selepas itu diikuti perlawanan menentang Arsenal.

Manakala City juga berhadapan dengan laluan yang sukar menentang Tottenham Hotspurs Ahad ini.

Jika City tewas Ahad ini, United hanya perlu menang dengan Villa untuk menjuarai liga.

City kini ketinggalan 13 mata di belakang United. Mereka adalah juara musim lalu hanya dengan perbezaan jaringan gol dengan United.

Sementara itu, dalam perlawanan menentang West Ham, United dua kali berada di belakang sebelum kembali menyamakan kedudukan menerusi jaringan gol pemain Columbia, Antonio Valencia dan penyerang Belanda, Robin Van Persie walaupun bekas kapten Arsenal itu kelihatan berada dalam kedudukan off-side.

West Ham menggunakan sepenuhnya ketinggian Andy Carrol untuk menguasai barisan depan. Carrol terpilih sebagai pemain terbaik perlawanan itu.

WEST HAM: Jaaskelainen 6, Demel 7, J Collins 7, Reid 6, O’Brien 6, Diame 8, Nolan 6, O’Neil 6, Vaz Te 7, Carroll 8, Jarvis 7. Gantian: Noble (O’Neill 67) 6, Taylor (Nolan 82) 6, Collison (Diame 82) 6. Simpanan tidak diturunkan: Henderson, C Cole, Maiga, Pogatetz.

MAN UTD: De Gea 6, Rafael 6, Ferdinand 6, Vidic 6, Evra 6, Valencia 7, Carrick 6, Jones 6, Kagawa 7, Rooney 5, Van Persie 5. Gantian: Giggs (Rooney 71) 6, Hernandez (Kagawa 78) 6. Simpanan tidak diturunkan: Amos, Evans, Nani, Welbeck, Cleverley.

(6): Rating Pemain.

Artikel Lain