Cub Prix: Emir Suntik Nafas Baru Bersama Suzuki - Sukan | mStar

Cub Prix: Emir Suntik Nafas Baru Bersama Suzuki

Mohd Emir Firdaus Hasan
Mohd Emir Firdaus Hasan

MOHD Emir Firdaus Hasan memulakan langkah baru dalam karier perlumbaannya setelah menanda-tangan perjanjian dengan pasukan Terengganu, Suzuki FortyOne Racing untuk Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2013 yang akan bermula di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang 6 dan 7 April ini.

Pelumba dari Pulau Pinang itu yang tamat kontraknya bersama Honda tahun lepas beralih kem untuk musim 2013 dengan harapan dapat mencabar takhta CP115.

Walaupun tidak bergelar juara, Emir tetap kompetitif apabila berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan bagi musim 2011 dan tempat kelima keseluruhan musim lalu. Selain kejayaan di peringkat nasional, Emir turut mencipta nama di arena antarabangsa.

Dia dan bekas rakan sepasukan kelas SuperSports 600cc di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), Azlan Shah Kamaruzaman mencipta sejarah sebagai pelumba pertama negara memenangi perlumbaan berprestij Suzuka 4-Hour Endurance di Jepun pada 2011.

Dia kemudiannya berjaya mempertahankan gelaran juara yang sama tahun lalu bersama Mohd Zaqhwan Zaidi. “Saya banyak belajar dengan Honda dan saya sentiasa menghargai masa bersama mereka.

"Namun sudah tiba masa mencari pengalaman baru dan saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan FortyOne Racing dan Suzuki kerana meletak kepercayaan mereka ke atas saya,” jelas Emir.

Yakin mampu beraksi baik musim ini, jangkaan pelumba 24 tahun ini diperkukuhkan lagi dengan pencapaiannya ketika sesi ujian bersama jentera Suzuki. “Sepanjang rehat panjang kami telah menjalankan tiga sesi ujian, paling terkini di Melaka di mana catatan masa kami begitu hampir dengan pasukan-pasukan besar.

Walaupun saya harus akui Honda mempunyai sistem pengendalian yang lebih baik dan lancar, jentera Suzuki mempunyai kuasa pecutan dan kelajuan tinggi.

"Saya percaya ini merupakan satu kelebihan buat kami. Di samping itu, kami turut berkomunikasi dengan baik dalam pasukan dan ini amat penting untuk kejayaan dalam jangka masa panjang,” tambah Emir.

Bercakap mengenai sasaran musim ketiga dalam kategori ini, Emir menjelaskan, “Saya akan cuba mengejar kejuaraan kali ini.

"Memang ia sedikit sukar kerana tahap persaingan semakin meningkat namun berdasarkan catatan sesi ujian kami, peluang itu masih ada.

"Kami hanya perlu bijak menangani masalah serta cabaran yang datang.”

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain