Pliskova Juara Kejohanan Terbuka Malaysia BMW

KUALA LUMPUR: Pemain Republik Czech, Karolina Pliskova dinobatkan juara acara perseorangan manakala gandingan Shuko Aoyama dan Chang Kai-Chen menjuarai acara beregu pada Kejohanan Tenis Wanita Terbuka Malaysia 2013, di sini, Ahad.

Pada perlawanan akhir acara perseoranga, Pliskova tidak menghadapi masalah untuk mencapai gelaran pertama siri Persatuan Tenis Wanita (WTA) apabila mengalahkan pemain 'wildcard' Bethanie Mattek-Sands dari Amerika Syarikat 1-6, 7-5, 6-3.

"Dalam set pertama, Mattek-Sands bermain dengan cukup baik, saya tidak tahu apa yang hendak dilakukan selain dari terus fokus kepada permainan.

"Melalui kejayaan ini saya lebih yakin untuk bermain secara perseorangan pada masa akan datang," katanya kepada pemberita di Kelab Golf Diraja Selangor, dekat sini.

Pliskova, yang mempunyai ranking ke-127 dunia, berjaya menebus kekecewaan di tangan Matteks Sands 6-3, 6-3 pada Kejohanan Generali Ladies Linz, Oktober lepas.

Kejayaan itu membolehkan pemain berusia 20 tahun itu membawa pulang hadiah wang tunai US$40,000 (RM123,822) dan mandapat 280 mata dalam siri WTA.

Sementara itu, pilihan kedua Aoyama (Jepun) dan Chang (Taiwan) merangkul trofi juara dalam acara beregu selepas mengalahkan pilihan pertama, Janette Husarova (Slovakia) dan Zhang Shuai (China), 6-7, 7-6, 14-12.

Bagaimanapun, Aoyama dan Chang terpaksa berhempas pulas selama dua jam setengah untuk meraih kejayaan tersebut untuk membawa pulang hadiah wang tunai US$11,500 (RMRM35,600).

"Saingan pada set pertama agak sengit dan terhad apabila pihak lawan mendahului kami namun pada set kedua kami berjaya menangkis serangan mereka dan mengumpul mata," kata Chang selepas kemenangan itu. "Perlawanan pada hari ini berjalan dengan baik walaupun saya terpaksa memanggil jurulatih sebanyak tiga kali kerana kecederaan pinggang," katanya.

Kemenangan itu juga merupakan gelaran kedua mereka bersama setelah memenangi kejohanan pertama di Washington, Amerika Syarikat, tahun lepas.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain