suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TSG Cadang Ambil Semula Pelumba Import

KUALA TERENGGANU: Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) yang gagal memberi impak dalam kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang baharu berakhir, bercadang mengambil pelumba import bagi memantapkan prestasi mereka tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Nik Mohd Syahrom Nik Mohd Hashim berkata jurulatih TSG yang berasal dari Itali, Sebastian Duclos sedang menilai prestasi para pelumba luar yang mengambil bahagian dalam LTdL kali ini.

TSG yang diwujudkan kerajaan negeri sejak dua tahun lepas pernah menggunakan khidmat pelumba import, tetapi kontrak mereka ditamatkan tahun ini berikutan prestasi yang tidak memberangsangkan.

Mengenai prestasi TSG dalam LTdL, Nik Mohd Syahrom berkata para pelumba kekurangan latihan kemas selain ketiadaan pelumba berpengalaman terutama pelumba import.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain