suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

GIVI Asia Taja Pasukan Honda Yuzy Pachie

JENAMA aksesori motosikal terkenal, GIVI Asia terus bekerjasama dengan pasukan MotoGP LCR Honda dan turut mengumumkan memberi tajaan GIVI kepada pasukan Honda Yuzy Pachie pada aksi Kejuaraan Cub Prix Petronas AAM musim 2013.

Pengurus Operasi Luar Negara GIVI Asia Sdn Bhd, Joseph Perucca berkata, GIVI Asia telah menunjukkan sokongan penuh kepada industri motosikal tanah air.

"Kami tidak berbelah bagi dalam memberi sokongan kepada industri motosikal sama ada peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

"Dan sebagai penaja jangka panjang kepada LCR Honda dalam MotoGP, kami sangat berbangga dan teruja untuk meneruskan sokongan ini," jelasnya.

Sementara itu menurut Pengarah Urusan GIVI Asia Sdn Bhd, On Hai Swee, bakat-bakat muda juga tidak diketepikan, malah turut berbangga dengan pencapaian mereka dalam aksi perlumbaan tempatan.

"Kami percaya dengan kebolehan bakat-bakat muda pelumba tempatan.

"GIVI Asia sentiasa bersedia untuk memberi sokongan kepada semua pelumba ini dan ini juga dapat dibuktikan dengan tajaan kami kepada pasukan Honda Yuzy Pachie bagi aksi kejuaraan tempatan musim ini," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain