suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Benitez Sahkan Pertengkaran Dengan JT Tapi Yakin Semua Pemain Berdiri Dibelakangnya

Rafa Benitez. Foto AFP
Rafa Benitez. Foto AFP
Rafa Benitez. Foto AFP

PENGURUS Chelsea, Rafa Benitez mengesahkan pergaduhan antaranya dengan kapten pasukan John Terry di padang latihan pada Isnin tetapi menegaskan yang kesemua pemain adalah seratus peratus di belakangnya.

Rafa juga turut menegaskan yang beliau tidak sama sekali gentar kemungkinan akan ditikam dari belakang oleh pemain kanan yang tidak sehaluan dengannya.

Pengurus interim itu tidak menafikan laporan akhbar yang mendedahkan pertelingkahan yang meletus antaranya dengan John Terry tetapi pada masa yang sama menyifatkan insiden itu sebagai perkara biasa.

Insiden yang menyaksikannya bertengkar dengan Terry meletus selepas Rafa memanggil kesemua pemainnya duduk dalam satu bulatan dan mula bertanya di mana silapnya sehingga menyaksikan pasukan mereka tewas 0-2 di tangan Manchester City Ahad lalu.

John Terry yang tidak diturunkan dalam perlawanan itu kemudian membidas taktik yang digunakan oleh Rafa dan mereka bertengkar di hadapan pemain-pemain dan staf kejurulatihan sehingga mengejutkan semua pihak.

Bagaimanapun pada Selasa, Rafa berkata; “Ia hanya satu pertengkaran biasa ekoran hasil daripada pertukaran idea antara pemain dengan staf kejurulatihan. Tak lebih dari itu."

Jelas Rafa, pertengkaran itu tidak sedikit pun menjejaskan kepercayaan pemain ke atas idea dan teknik permainan yang perlu dimainkan oleh pasukan Chelsea dan mereka seratus peratus yakin dengan apa yang perlu dilakukan di atas padang.

Kini semua orang menunggu dengan penuh debaran apakah Terry akan diturunkan dalam perlawanan Piala FA menentang Middlesbrough malam ini memandangkan dua lagi pemain tengah iaitu Gary Cahill dan Cesar Azpilicueta disahkan cedera.

Artikel Lain