Harimau Muda A Uji Pasukan Kebangsaan Kemboja Pada Perlawanan Persahabatan 6 Mac Ini - Sukan | mStar

Harimau Muda A Uji Pasukan Kebangsaan Kemboja Pada Perlawanan Persahabatan 6 Mac Ini

KUALA LUMPUR: Harimau Muda A akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan Kemboja di Phnom Penh, Kemboja dari 4 hingga 7 Mac ini.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Selasa, 22 pemain dipilih oleh ketua jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee untuk menyertai perlawanan itu.

Antara nama yang dipanggil Kim Swee untuk menyertai perlawanan berkenaan ialah penjaga gol, Mohd Farhan Abu Bakar; pertahanan Mohamad Fadhli Mohd Shas; pemain tengah, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan penyerang, Md Rozaimi Abdul Rahman.

Pasukan Harimau Muda A yang turut dikenali sebagai skuad bawah 23 tahun kebangsaan sebelum ini mengadakan empat perlawanan persahabatan pada Jelajah Australia, awal tahun ini yang menyaksikan mereka mencatatkan tiga kemenangan dan satu kekalahan.

Skuad berkenaan turut mempamerkan aksi membanggakan selepas mengikat pasukan kebangsaan Myanmar dengan keputusan seri tanpa jaringan pada perlawanan persahabatan di Yangon, Jumaat lepas.

Selepas perlawanan persahabatan di Yangon, skuad itu dijangka berlepas ke Slovakia untuk menjalani latihan intensif selama lima bulan bermula 15 Mac ini bagi persiapan mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar, Disember ini.

Skuad itu dijadual mengadakan 15 perlawanan persahabatan semasa di Slovakia.

Sekembalinya dari Slovakia, pasukan berkenaan dijangka menyertai Pesta Bola Merdeka di Kuala Lumpur dan Piala Thanh Nien di Vietnam.

Barisan 22 pemain ke Kemboja: Mohd Farhan Abu Bakar, Muhamad Hazwan Rahman, Shahrul Mohd Saad, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, D. Saarvindran, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, A. Thamil Arasu, Syahrul Azwari Ibrahim, Md Rozaimi Abd Rahman, Adam Nor Azlin, Izzaq Faris Ramlan, Muhammad Nurridzuan Abu Hassan, Mohamad Fandi Othman, Mohamad Firdaus Muhamad, Ahmad Hazwan Bakri, Nazirul Naim Che Hashim, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Muhammad Syahid Zaidon, Saiful Ridzuwan Selamat, Wan Zack Haikal Wan Nor, D. Kenny Pallraj. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel